TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI

TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI
Memaparkan catatan dengan label ekopelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekopelancongan. Papar semua catatan

BAHASA DUNIA PELANCONGAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang sering bertanya,

apakah bahasa perantaraan formal
bagi dunia pelancongan?

Seringkali persoalan ini terucap dari kalangan mereka yang bercita-cita mahu bermula untuk membentuk kerjaya di dalam dunia pelancongan ini khasnya dan ekopelancongan secara umumnya.

Akibat kurangnya mengerti dan memahami akan pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Inggeris, maka ramai anak-anak muda yang berbakat besar serta berpengalaman luas di dalam bidang nature hanya sekadar menyimpan terus niat mereka di dalam hati.

Benarkah pertuturan secara fasih akan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris itu penting? Perlukah anak-anak muda mematikan niat mereka untuk melangkah setapak ke hadapan dalam membina kerjaya di dunia pelancongan?

Sebelum saya menjawabnya dan juga sebelum mengorak langkah lebih jauh, eloklah kita perhatikan episod di bawah ini.

Pelancong : Excuse me. Can you show me where the Jalan Hang Tuah please. (Tanya seorang pelancong asing yang berbahasa Inggeris kepada seorang penduduk tempatan).

Penduduk : Err.. Err.. Again sir. (Balasnya di dalam situasi yang gementar dan gugup kerana kurang kefahaman akan bahasa Inggeris).

Pelancong : Can you show me where the Jalan Hang Tuah please. (Ulangnya lagi dengan bahasa yang lebih jelas).

Penduduk : I bet you a pardon sir. (Boleh tahan, tetapi beliau hanya sekadar melafazkannya tanpa mengetahui apakah maksud dari sebalik kata-katanya itu. Maklumlah ayat itu sering didengarinya tatkala orang bersoal jawab di dalam tv).

Pelancong : Jalan Hang Tuah. (Sambil menunjukkan peta di tangannya).

Penduduk : Ohh! Jalan Hang Tuah. You go straight, then you belok kiri so nanti you jumpa. (Sambil lebih banyak bertutur menggunakan tangan dari mulut).

Pelancong : Thank you. (Sambil beredar dengan gembira dan yakin)

Persoalannya di sini. Mengapakah apabila dipertuturkan bahasa yang formal, maka tiada respon dari dua arah? Mengapakah pula apabila bahasa formal dicemari, maka barulah wujud respon dua arah itu?

Jawapannya adalah sangat mudah. Tiada bahasa formal di dalam dunia pelancongan. Apa yang wujud hanya kefahaman dari interpretasi akan maksud. Maka secara tidak langsung, kita boleh berbahasa apa sahaja dan dengan siapa sahaja di dunia ini selagi kita mampu menterjemahkan (interpretasi) maksud dan kehendak kita.

Begitu mudahkan? Hal yang menyentuh interpretasi ini, akan saya jelas dan huraikan pada entry yang akan datang. Maka apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah, blog ini akan disulami dengan dwi bahasa dan mungkin multiple. Semoga anda seronok berhibur bersama sajian dari blog saya tentang dunia ekopelancongan yang lebih menyorot ke arah pemanduannya.

Sekian. Taa..!

TERIMA KASIH


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih terutamanya kepada para sahabat dan rakan-rakan seperjuangan di dalam dunia alam semulajadi tidak kira walaupun di mana berada semoga perjuangan yang belum selesai ini akan berakhir dan berkesinambungan dengan kejayaan.

Terima kasih juga ditujukan kepada para sifu dan para jurulatih serta mereka yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya tanpa mengenal erti penat lelah dan rasa jemu.

Terima kasih juga ditujukan kepada semua bekas para pelajar saya semoga apa yang dipelajari mampu dipraktikkan dengan baik dan secara tidak langsung mampu mengharumkan nama dunia nature guiding umumnya dan Malaysia khasnya.

Terima kasih juga ditujukan kepada mereka yang pernah bertugas dan bekerja bersama-sama saya di sepanjang lebih 30 tahun berkecimpung di dunia ini.

Akhir sekali tidak dilupakan kepada semua insan yang mencintai alam semulajadi kerana merekalah yang sebenarnya pejuang universal dan humaniti yang tulen.

Adalah menjadi harapan agar blog ekopelancongan yang diterbitkan ini yang juga merupakan satu-satunya info blog yang berskopkan ekopelancongan dan pemanduan serta pengurusannya secara total mampu membekalkan serba sedikit info dan panduan demi memantapkan elemen-elemen knowledges, skills dan attitude yang ada di dalam diri kita untuk muncul sebagai individu bertaraf dunia di dalam bidang profesional ini.

Adalah menjadi harapan agar setiap insan memahami dan menanam akan kesedaran terhadap konservasi dan pembangunan mapan (sustainable development) akan alam sekitar serta alam semulajadi sejajar dengan harapan Agenda 21 (Rio-Earth Summit).

Sejajar dengan itu, maka blog ini memuat turun info yang menggabungkan elemen-elemen yang berupa pengenalan akan isu-isu dan mengenalpasti setiap informasi yang perlu sebelum terarah ke motivasi kesedaran diri untuk berubah serta bertindak dengan sewajarnya secara berkoordinasi di dalam dunia ekopelancongan umumnya dan nature guiding khususnya. Akhirnya mampu membina kerjaya profesional dan urusniaga di dalam bidang ekopelancongan yang merupakan industri ketiga terbesar global.

Terima kasih dan selamat datang.